Assalamualaikum...rasanya lama saya tak up-date blog ini...rindu sangat nak jiwang2 nie..
Okey,perkembangan terbaru.Biasa2 saja.Tengah menulis novel.Hanya dengan menulis mampu membuang segala imaginasi yang tidak wujud.Saya akan letakkan novel tulisan saya itu untuk di baca oleh orang-orang yang meminatinya.Itu hanyalah rekaan semata-mata.
Cinta?Kenapa mesti ada cinta?Dalam diri sudah tiada langsung cinta kecuali kepada ayah dan mama.Kenapa?Sebab saya merasakan yang cinta itu hanyalah angan-angan.Kita fikirkan yang cinta itu bahagia.Tetapi,kita tak nampak duri dalam percintaan itu.Saya lebih selesa membiarkan diri hanya diawangan mimpi cinta dan masukkan ke dalam novel.Hahaha...kan senang?
Sebenarnya,saya merindukan seseorang yang tiada di sisi.Orangnya jauh sekali.Saya hanya boleh ikuti perkembangan terbarunya melalui facebook.Nampaknya,dia sangat berjaya dan gembira dengan pelajarannya.Hmm...saya bukannya suka atau cinta dengan dia.Tetapi,apabila ternampak dia,hati saya akan berdegup dengan laju sehingga badan saya akan seram sejuk.Apabila bertentang mata dan melihat senyumannya,saya rasa macam nak pitam.Kenapa?Semua ini apa?
Namun,saya menyedari hakikat bahawa itu adalah permainan hati yang di buat oleh syaitan.Kita terlalu ikutkan nafsu sehingga lalai kerana mengejar percintaan.Saya selalu berpesan supaya hidup dengan Cinta Allah S.W.T. yang merupakan kekasih dan sahabat saya yang abadi.Cinta Manusia hanya bersifat sementara dan saya hanya akan berkahwin dengan pilihan daripada-NYA.Kenapa?Sebab Allah akan menentukan kebahagian kita.Dia boleh buat kita bersama ataupun berpisah.Allah sentiasa ada untuk diri kita sewaktu kita dalam kesusahan.Memang Allah sengaja menguji dan memberi kita kesedihan tetapi DIA sebenarnya rindukan doa kita.Kita sebagai hamba-NYA lalai dalam mengingatinya,jadi dia memberi kita ingatan.
Kesimpulan,Cinta Allah S.W.T. lebih baik daripada Cinta Manusia kerana ia tidak melukakan hati.Betul tak?
Allah S.W.T. sentiasa setia menyayangi kita...tetapi hambanya???Fikirlah... |